Monday, January 31, 2011

Kelas kek 4dlm1 dirumus khas utk mereka yg dah berkecimpung dunia kek mempelbagaikan lagi product mereka..Brownie,cheese cake(bake&unbake).cheese tart


Mazuin masuk ni 3x bersama Ija,Ika kali pertama dtg baru nak mengenal dunia kek,Kak Sal 2xbersama Ija dan tak asing lagi Shazila usahawan muda dlm dunia kek..Ika,Kak sal dan shazila dr Batu Pahat...Kali ini mereka belajar (1)bake chewey goey yummie brownie..memang sedap adunan pure brownie ni..bahan2 pun mewah gaks dengan wallnut..Disaluti dgn coklat ganache..


Alahai belum siap topping dah di makan..tak sabar tu sedap sesangat....


Brownie yang di hias dengan coklat ganache..Amboi sakan mereka menghias kek ni..Almaklumlah masing2 dah pergi kelas mendeco kek..Ditaburi dgn badam cincang..Bertaburan bunga2 fondant..Hebat mereka ni..
Posted by Picasa

Kelas..Belajar bake cotton cheese cake(waterbath),blueberry cheese cake(chilled),cheese tart meleleh.....


Cotton cheese cake...Memang sedap!!!


Cotton cheese cake yang telah dihias...


Blueberry cheese cake..Chilled..Pergh meleleh2....


Cheese tart..Ini namanya cheese tart melelh.Belajar membuat kelongsong cheese tart dgn cara yg mudah..Nak tahu macam mana caranya..Meh datang sini belajar la...
Posted by Picasa

Friday, January 28, 2011

Kelas coklat pada 27hb Jan 2011 di Kluang,Johor dihadiri oleh Kamaliza dan Lin yang bersusah payah dtg dari Johor Bahru..Terima kasih banyak2 yea..


Liza dan Lin dr Johor Bahru..Katanya TQ to Kak Ija ajar kami wat coklat marbles (bak kata anak Liza)


Hasil tangan Lyn


Hasil tangan Liza
Posted by Picasa

Tempahnan 30pcs oreo coklat..Mr husband tolong buatkan order ni..TQ..

Posted by Picasa

Monday, January 24, 2011

Kelas homemade coklat pada 23/1/11 di Kluang,Johor..dihadiri oleh Azlan Rizal dan isteri Zilla&Kak Zam dr Batu Pahat,Kak Rohana dr Kluang&Nadia BP


Peserta kali ini seramai 5 orang.Tak pernah sy terima ramai untuk satu sesi.Kelas pada kali ini sy serta Mr Husband menjadi tenaga pengajar.Mr Husband yang tidak kurang hebat menghasilkan coklat yang cantik2&kemas hasil kerjanya.Dia jugalah tukang masak untuk peserta2 kelas.Mewarisi bakat ayahnya yang sejak usia 15tahun bekerja di kedai mamak dan sekarang berniaga sendiri di Perlis.Ayah memang pandai masak masakan mamak!!Kagum tengok ayah!!
Azlan Rizal dan isteri Zilla dr Batu Pahat ingin bergabung untuk mengusahakna perniagaan coklat.Syabas!Contohi Kak Ija dan suami yea...Kak Zam seorang guru katanya di sekolah akak belum ada lagi yang mengusahakan perniagaan coklat.Bagus pasaran yang baik!!Kak Rohana dr Kluang juga seorang guru mengenali IJA dr Kak Sarina peserta kek 6dlm1 yang lepas.Terima kasih kak Sarina yang skrg sedang sibuk praktis buat kek..serta Nadia juga dr Batu Pahat. Percuma warmer setiap seorang manakala pasangan Azlan Rizal dan Zilla dpt 1 warmer dan 2pcs mixing bowl.


Hasil tangan Kak Rohana..


Hasil tangan Kak Zam..Amboi sakan Kak Zam buat lollichoc..


Kad ucapan coklat untuk Birthday Hulaif anak Kak Zam.
Posted by Picasa

Hasil peserta-peserta kelas..Hasil Azlan Rizal dan isterinya Zilla dan Nadia..



Inilah hasil tangan Azlan Rizal.Orang lelaki juga mampu hasilkan yang terbaik.


Hasil tangan Zilla..Zilla dan suaminya Azlan Rizal ingin buat perniagaan coklat bersama-sama.Insya-allah jika perniagaan dijalankan bersama,akn maju dan berjaya.Bekerjasama semua jadi mudah...Lau tempahan 1000pcs mane boleh buat seorang mesti kena buat bersa-sama.Semoga gabungan suami-isteri ini berjaya...


Nadia..Nadia boleh membuat door gift perkahwinannya sendiri..Practice yea Nadia..
Terima kasih tak terhingga kepada Kak Zam,Kak Rohana, Zilla serta suami Azlan Rizal dan Nadia kerana sudi menghadiri kelas saya.Semua ilmu yang dipelajari dimanfaatkan dan boleh membantu anda semua untuk menambah pendapatan.
Posted by Picasa

Saturday, January 22, 2011

Friday, January 21, 2011

Hari kita meroti ya!!..Lynz....

B

Posted by Picasa

Thursday, January 20, 2011

Tempahan online dr Fiza Kuala Lumpur sempena Hari Lahir adik Iparnya Fuad minta hantar ke Mardi Kluang..Tak pe beres luar kawasan kena ada duit minyak


Coklt sempena Hari Lahir Fuad..Bertuah sungguh dapat kakak ipar yang baik hati ..


Posted by Picasa

Monday, January 17, 2011

Kelas membuat kek pakej 6dlm1 di Kluang,Johor pada 16hb Jan 2011,dihadiri oleh Kak Liliwati dari Johor Bahru, Kak Sarina dan Mazuin dari Kluang..


Terima kasih Kak Liliwati bersusah payah dtg dr Johor Bahru pagi2 dah gerak nak belajar buat kek, Kak Sarina pandai wat kueh2 dan Mazuin yg kali ke-2 bersama IJA bermula dr kelas homemade coklat.Katanya, balik dr kelas coklat suaminya tidur tak lena sebab katanya coklat tu sedap sangat dan kalau nak modal abang sedia keluarkan..Alhamdulillah ada sokongan..


Bonus 2 tiers steam butter cream ..Bawah tu kek kak Sarina dan atas kek Kak liliwati..Em..tak payah la pergi kelas lagi jika nak buat 2 tiers basic sama tinggal cucuk sahaja stand..Saya amat berharap mereka dapat byk ilmu dr kelas ini..UntukKak Sal, Elin dan Nadiah jangan bersedih tak dapat joint kelas hari ini.Maaf byk2 sy hanya ambil3 org shj.Ramai2 takut saya tak boleh fokus pada peserta.Jumpa pada 6hb Feb ya!!!


Inilah hasil2 kek Novelty mereka..Hiasan yang mudah untuk tempahan kek harijadi..


Hasil cupcakes mereka..Bila dan tahu membuat kek besar untuk membuat cupcakes semuanya menjadi mudah..
Posted by Picasa

Saturday, January 15, 2011

Module Baru bermula 30hb Jan 2011..Cheese tart,cotton cheese cake(water bath),brownie dan chilled cheese cake serta Bonus 2 resipi..


Inilah module pakej 4dlm1 dicipta module ini untuk anda semua,Sy masukkan semua ini dlm 1 pakej supaya anda semua boleh menambahkan produk anda selain dr coklat,kek,cupcake..Mengikut permintaan/citarasa pelanggan2 .Bonus resipi marble brownie dan resipi fruit tart..Jangan lepaskan peluang!!Kelas akan dimulakan pada 30hb Jan 2011..Nantikan kelas roti disini..Tunggu jangan kemana2..Semuanya yang terbaik untuk anda..
Posted by Picasa

Wednesday, January 12, 2011

Nama sy Izzati ,umur sy 6tahun.Sy merupakan peserta terakhir setiap kelas MAMA sy.Inilah hasil kek fondant rabbit dan coklat sy,..Cantik tak!!!!


Untuk tempahan sila hubungi sy..Izzati 014 4444444 tekan2 tak dpt waka......


Hasil tangan Izzati..Cupcake fondant rabbit dan coklat...Lynz...
Posted by Picasa

Kelas coklat di Kluang,Johor pada 11/1/11 .Emcantik no ni ya..Atul adik kpd Alhana&Aishah..Mereka sering buat tempahan coklat.


Atul dtg kelas coklat untuk buat doorgift perkahwinannya sendiri pada bulan Mei ini..Manis sungguh senyumannya..
Boleh la IJA dpt coklat doorgift Atul ya..He..
Alhana dan Aishah byk membuat tempahan coklat dan kek semasa majlis perkahwinan mereka yang lepas..
Terima kasih kepada adik beradik ini kerana beri sokongan kpd IJA..


Inilah semua hasil tangan Atul..
Posted by Picasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy