Friday, September 21, 2012

Majlis persandingan Ezham dan Najwa di Simpang Renggam. Pukul 12.30 barulah pengantin datang amik kek..Erm pengantin ni memang survival.Bagus Ezham ni tak suka susahkan orang, semua usaha sendiri.Bawak kek kahwin dr Kluang ke Simpang Renggam.Amacam meletup tak!!!





Kek dengan jatuhan kain serta gelas kaca dijadikan sebagai pillar.
Dulu masa pertama kali letakkan cawan sebagai pillar aduhai gayatnya .Tapi sekarang tidak lagi..
Terimalah sentuhan gula dr IJA untuk semua...




Kek hantaran perkahwinan dari pihak perempuan..Tema purple , pink...TQ





Kek hantaran perkahwinan dari pihak perempuan  tema purple pink..
Terkebil2 mata Ezham tengok kek ni macam kek main2 pulak..
Dah tak nampak rupa kek..
Napa tak caya ker..Percayalah...!!!

Sehari, semalaman aku bermain dengan gula..Inilah hasilnya...Terima kasih Mr suami yang boleh membantu.TQ.

Rainbow cake untuk hantaran dr pihak lelaki ..nak design macam ni kak..Lama benor aku teringin nak wat design macam ni.Baru tercapai..Aku berpuas hati dengan hasilnya walau disiapkan dalam masa kecederaan dan kehabisan buttercream.

Janji nak amik esok pagi tapi alang-alang amik jer sekali petang dengan kek hantaran perempuan..TQ

Hi..berebut-rebut semua mengaku ini kek hari jadi mereka.Teruja sungguh mereka lihat kek ini.Ini tengok dari gambar tak real la..Cuba tengok depan2 sparkling2..meletup gayah wa haqbaq lu..

Ini order dr Ita untuk birthday Dina.Katanya nak celebrate diJB memang nak fondant.Terima kasih kepada Ita dan keluarga kerana teruja dengan sentuhan saya.Apapun sememangnya saya berpuas hati dengan sentuhan gula saya.Cara covering yang kemas, finishing yang kemas decorating yang kemas.Sesungguhnya saya mencabar diri sendiri untuk menghasilkan yang terbaekkk...!!



Happy Birthday Nanny dengan muka Teddy konon-kononya anak saya yang beri kata Noraliza.Tq..


Wedding cake untuk perkahwinan Salsabil dan Izham..Kek fondant dengan bunga lily permintaan Izham yang melangsungkan majlis perkahwinan di Felda Lok Heng Kota Tinggi, Johor.

Rainbow cake disaluti fondant dihiasi dengan bunga Lily sudah kelihatan wow!!! dimajlis persandingan pasangan raja sehari.Kawin bukan banyak kali , sekali seumur hidup. Sama cantik sama padan semestinya lebih cantik dengan kek yang cantik..Pasangan pengantin pastikan kek anda menjadi tumpuan semua tetamu yang hadir..Wah grand giler dia kahwin, kek dia cantik giler hah..
 
.
Yang sebenarnya kek ni sepatutnya pose diatas stand bawah ni.Minggu sebelumnya pengantin perempuan dah bawa lari stand keknya .Jadi nak posing dengan stand ni tak dapat la..Minta juga kot-kot dapat belas ihsan dari pengantin gambarnya tp pengantin dah sibuk nak honeymoon tak dapat la den nak tolong..

Nak tengok bunga lily tu comel tak letak atas sekali cuba bayangkan dengan imaginasi anda...Lau tanya tuan buat kek semestinya meletup beb!!!Sekali pandang dua kali pandang ..terpandang2 memang tak sangka aku yang membuatnya..Syabas untuk diri sendiri..



Kek indulgence dengan Spiderman untuk Nabil yang menyambut hari lahir ke 5 tahun..TQ


Adik Haziq 1 Tahun.Disambut dengan kenduri kesyukuran.Bermacam-macam usaha dilakukan hinggalah usaha terakhir memohon doa dikirim kepada sahabat yg pergi ke Mekah akhirnya lahirlah Putera Haziq yang kini berusia 1 tahun.Tahniah!!Syukur ke khadrat ilahi..

Haziq suka tengok kartun Upin dan Ipin..

Chewey Goey Brownies untuk Birthday Acek...Sayang selamanya...TQ


Gubahan bungan coklat sebagai hantaran.Ini order kawan yang tolong order tuan punya tak tahu pula namanya..Bunga coklat sebnyak 60 batang serta bakul.Jika berminat untuk melamar sila hubungi terus IJA 0197412999.Tempahan awal amat-amat dialu-alukan.Almaklumlah hiasan, bakul bunga semua nak cari di kedai.Kerja-kerja last minute boleh gugur jantung sebab dah kelamkabut terkejar sana sini..Jantung pun bergerak kencang mcm nak gugur..Yea ker...


Cikgu belanja pelajar2 makan kek indulgence


Budak2 nak buat sambutan Hari Raya di sekolah makan2 indulgence..


Monday, September 3, 2012

Kek perkahwinan untuk Salsabil dan Izham di Taman Saujana,Kluang .Turut menepah 2 bj kek hantaran untuk kedua-dua belah pihak iaitu Carrot wallnut cream cheese dan Opera.Namun tak ada rezeki lupa nak snap gambar tersebut hu sedey nya hati ..http://luvchocolate77.blogspot.com



Gubahan hantaran coklat..


Kek hantaran untuk Syafika dan Safuan serta 50bj cupcakes sponsored by Bos tempat dia bekerja Facefood Kluang.Tq

Kek hantaran tunang~steam butter cream

cupcakes utk doorgift


Hantaran pertunangan untuk Diyana dan Masni untuk dibawa ke Perak.Erm kelamkabut dibuatnya.Disebabkan masalah teknikal hari Isnin katanya batal majlis.Tup2 2 hari sebelum jadi majlisnya..Kelamkabut Kiah menyiapkan semua ni..Alhamdulillah siap semuanya.Thanx Allah..

 Kek fondant hantaran tunang untuk Diyana dan Masni..

 Cupcake fondant untuk Diyana dan Masni tema Shell sebab mereka dealer Shell...

Redvelvet in jar untuk tetamu VVIP. Tuan rumah pun x dpt rasa sebab takut tak cukup.TQ.

Birthday cake itallian rainbow untuk Andika 1 tahun..TQ


3 tempahan kek dari Ida ,Kluang birthday kek untuk individu berbeza..TQ

 Mr bean edible image ,kek itallian rainbow bersalut fondant..
"Twin are 3"
Adakah Ida mempunyai anak kembar 3?Tak sempat nak tnya.

 Russian Black n White untuk staff En Tain,Liza dan Pang ..

Spiderman untuk Zarif 6 thn..

150 bj marshmallow sebagai doorgift tempahan dr Ida .TQ



Fondant hantaran untuk Rahman dan pasangannya..Selamat Pengantin Baru untuk dibawa ke Felda ,Kota Tinggi.TQ




German black forest No1.Loyang no 1 tak ada potong sini ,tampal sana potong sana tampal sini susah juga rupanya terutamanya kek2 yg gebus..TQ



Tempahan 100bj cupcakes sebagai doorgift.TQ


Perkahwinan Mss Nawal dan Shafizul Azmi di Taman Sri Lambak@T6 terima kasih diatas tempahan anda.Selamat Pengantin Baru.Wedding cake dan 800pcs oreo coklat sebagai doorgift.

 Kek Perkahwinan yang ditempah di majlis Perkahwinan Mss Nawal dan Shafizul Azmi.Tq

Coklat Oreo sebanyak 800pcs.Gambar lain lupa nak snap.Ini pun dapat masa pergi makan kenduri.Hu satu pun 1 la yea..

Personal class Ain bekerja di Semporna, Sabah mengambil peluang cuti hari raya mengikuti kelas homemade chocolate.

Di bulan puasa yang lepas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy