Durian Crepe 88 pek ready stock.Million thanx Mr Big Bos pakar melempeng, Sis Afiqah pakar melipat-lipat..12 jam settle kerja.Pas ni Mr Big Bos dah masuk kursus tak dapek la den nak tolong..Afiqah dah nak naik sekolah ..huh..Pas ni sape nak makan durian crepe makan sikit2 tau.Sementara stok masih ada boleh la beli dengan jayanya.Makan sampai pengsan.!!.Kih.. Harga RM10=5pcs Nak dtg sms dulu ee..takut kami pergi kedai ke!!IJA 0197412999
Terima kasih kerana ada yg dtg dr Paloh, Bukit Ramun,dr Kulai, Zabidah Abu Bakar
yg nak dtg dr Pontian , dr Belitong, dr Simpang Rengam dan tak lupa
juga orang Kluang yang datang beli durian crepe.Ada 40 pek shj
lagi.Boleh walk in yea. Sesiapa yg hantu durian macam saya boleh la
datang beli 1 pek rasa dulu.Saya sangat suka durian crepe sebab lemak
durian plu..plus lemak cream mmg mablessss..Terbaek!!!
..Design ribbon..2nd time wat design ni..suka gak..cm best gak..Bila kata fondant ada yang kata takut la nak tempah sebab tak boleh makan.Saya orang Kluang, tak nak buat malu orang kampung.Dunia fondant sudah mengalami byk perubahan.Dulu fondant iaitu gulanya tak sedap!!Tak boleh makan tapi pakar2 gula telah menjalani byk pembaharuan.Rasanya sedap,boleh dimakan.Kek dalamnya kebiasaannya saya upgrade untuk menjadikan rasanya amat berbaloi dengan harga yg beratus2 tu.Harga 2 tiers sy masih harga pengenalan dari RM350.Saya sangat suka buat kek fondant sebab hasilnya memang superb..cantik,boleh dipegang2,tahan lasak yang pasti kena sedap!!Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan tahun hadapan masih mencari2 kek perkahwinan/hantarn dsb boleh mencuba perkhidmatan saya.Insya-allah saya akan berikan yang terbaek untuk majlis anda.Amin
Testing2 1,2,3 ..Call supplier untuk cr sparepart utk ganti stand layer bawah tu sompek sikit dikerjakan dek customer.Agak2 dapat tak yeak..!Moral nya, customer2 yg guna cake stand, silalah jaga dengan baik.Janganlah suruh orang bukak meja tu simpankan stand tu.Anda tuan rumah perlulah bertanggungjawab menyimpannya.Kalau mereka punya kerja memang habis dibaling2.Kami ingin memastikan kek anda menarik,cantik di hari bahagia anda!Lepas guna hari berikutnya cepat2 pulangkan brg2 yg dipinjam dr mak andam dan tukang buat kek .Berilah sedikit perhatian anda!!.
Kelas "SUGAR FLOWER" 20,21,22hb Nov 2012 bersama Kak Ila dari Rawang Selangor."Lama akak pendam nak belajar buat bunga ini.Lama akak simpan duet.Banyak tempat belajar buat bunga ini di KL.Tapi lepas 3kali solat istiharoh tetap keluar nama ija.Jodoh dipertemukan oleh Allah.Syukur kehadrat Illahi.Seawal pagi naik bas dari Batu Pahat, petang balik pun naik bas.Naik dari Kluang pukul 7.15.Sampai Air Hitam kena tggu penumpang pukul 9 bas baru jalan,sampai BP pukul 10 malam .Esok pagi naik bas lagi.Begitulah pengorbanan Kak Ila umur 45tahun dalam pencarian ilmu.Akak dah lama kenal ija dan sentiasa mengikuti perkembangan ija di blog.Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya.Salam sayang dan semoga berjaya untuk Kak Ila.Untuk mengecapi kejayaan perlu disulami dengan pengorbanan.Sayang dr IJA.TQ
IJA seorang ibu yang ingin melihat anak-anaknya membesar dihadapan mata memilih bidang pembuatan kek dan coklat sebagai kerjaya.Mendapat didikan di International Centre Of Cake Artistry(ICCA) " The Wilton Method of Cake Decorating Course 1,2,3".Pengalaman yang cukup indah apabila dapat menimba ilmu dengan seorang International Instructor iaitu Rosalind Chan. Meneruskan pengajian dalam "Professional Diploma in Sugarpaste Module dan Sugarflower Module" certified by Knightbridge PME Ltd, School of Cake Decorating & Confectionery Arts UK.Saya juga menimba ilmu dari beberapa orang guru lain yang hebat-hebat belaka.Terima kasih kepada guru-guru saya.Impian saya ialah menjadi seorang "cake artist" yang hebat. Berbekalkan ilmu yang telah dipelajari serta pengalaman yang ada saya sedia mencurahkan ilmu didalam pembuatan kek dan coklat serta menjadi guru yang terbaik untuk anda!Sebarang pertanyaan hubungi IJA 019-7412999.Terima kasih.