Wednesday, April 4, 2012

Coklat hantaran untuk Eka dan Ashraf dengan ucapan semoga ikatan yang dibina ke jinjang pelamin.Tema hijau,kuning dan putih..

Barbie doll cake tuk birthday Qaseh 3yrs n Qisya .Diharap dapat menggembirakan dua orang Puteri sempena Hari Lahir mereka.

 Brownies utk lapisan bawah.Memang sedap terbaek!!!

 Barbie dengan steam butter cream.
bye barbie...dah nak masuk kotak untuk jumpa Puteri Qisya 2tahun dan Qaseh 3tahun..Selamat hari Jadi..

Kek indulgence untuk Najwa.tapi bukan Najwa Latif penyanyi 'kosong..kosong..kosong..'Tergezut gak dia bila tgok kek ni besar..he. 2kg plus2..memang besar n berat.Saper2 nak indulgence budget boleh request 10hari awal saiz 7'.meh order..


Adoi boleh buat cermin ..cantik2 suka2..secantik rupa sesedap rasanya..

Tempahan kek hantaran tunang untuk Eka dan Ashraf..TQ

 hiasan mudah dengan teknik yang mudah..

 fondant hantaran untuk Eka dan Ashraf.tema warna hijau .Emak Eka minta seperti contoh purple dibawah..Mungkin tidak 100% sama tapi masih kelihatan sama dr segi ribbonnya.
Jika anda berminat dengan fondant hantaran boleh hubungi IJA 0197412999.

12" steam butter cream wedding cake..

 Cake stand ini 4 rental yea.Nak sewa pun boleh..Tapi amat sesuai untuk kek bersaiz 12".
Sesiapa nak order saiz macam ni pun boleh.Budget wedding cake dengan 20pcs cupcake dihias dibawah stand cake.Untuk decoration boleh hias dengan bunga-bungaan.
Ini bukanlah fondant,hanya steam butter cream..Size 12' steam butter cream diminta oleh akak yang mempunyai nama yang sama dengan nama aku.di hias dengan alamak line2 pink tu lupa plak apa nama dia..Inilah teknik yang diajar oleh sifu Roselind aku..Nampak mcm simple tp ada teknik dia nak draw line2 tu supaya nampak kemas.Macam mana nakdivide bg ruang tu sama.Semua ada teknik.Dengan teknik semua lebih mudah dan hasil lebih baik.Sebab aku sangat menitik berat tentang kekemasan dan juga konsep dalam membuat kek.Sebab apa yang aku pelajari adalah berkaitan dengan konsep.Apa yang boleh ,apa yang tak boleh kita buat atas kek bukan janji boleh jer..konsep kena ada.Dihias bottom tu dengan kemasan ruffle borders.Tema kali ini ialah pink jambu,merah dan putih.
Kak Halijah dari Taman Sri Kluang nak bawak balik kek ni ke kampungnya alahai lupa plak tapi jauh gak perjalanan nak sampai ke kampung dia menghala ke area Segamat tu.Jauh2..berdebar2 dihati sebab perjalanan jauh..Alhamdulillah selamat sampai.
Apapun kek memang cantik katanya..Terima kasih daun keladi.puji-pujilah lagi..he..

kek Itallian rainbow untuk Uncle bob dan Baby Marissa..Ita minta kek Itallian rainbow.Mudah-mudahan Ita sekeluarga berpuas-hati dengan hasil dan rasa kek ini.

 Untuk menghasilkan kek dengan baik dan kemas mestilah mempelajari teknik dengan baik.Bukan janji boleh.Alhamdulillah dengan ilmu yang aku miliki, aku dapat memberikan hasil yg baik, memuaskan hati sendiri dan juga pelanggan.
Itallian rainbow dihias dengan edible image untuk birthday Uncle Bob dan baby Marissa.

Colourful lollichoc untuk Ita sempena bufday suami dan anak buahnya..Tq Ita..

 wow lama rasenya aku x main colour maler ni..erm..awal2 memang rasa lemah nak membuat.Tapi bila dah mula rasa mcm malas nak stop.Syok sebenar bila hasilkan sesuatu yang cantik dan comel2.Untuk hasil yang terbaik mestilah kena ada skill yang baik..Teknik kena ada..Tanpa teknik hasil memang hancur..Janji boleh la katakan...Tak banyak yang diminta semua sekali hanya ada 30pcs sahaja.
Kita story pasal bentuk botol susu diatas.."mama nak huhu" syabil 4thn masih pelat2.Oww nak minum susu rupanya budak ni.Buatkan susu..Tak nak la pulak.. menangis..Alkisah rupanya nak lollichoc bentuk susu ni.Bagila satu.Patutke di makan tang puting tu jer..Adohai dah habis puting tu dia mintak lagi.Ayoyo..Kenalah buat khas untuk dia supaya dia tak mintak  yang disiapkan utk customer.



Layan la yea..sesi mewarna..Lau anak mewarna tak cantik kena marah.Jika emaknya yg mewarna saper nak marah yea..customerlah..Insya-allah walau bape hari tak cukup tido sy cuba untuk buat yg terbaik untuk anda!!!!TQ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy