Tuesday, April 17, 2012

Cupcakes edible image ben 10 dan upin ipin untuk majlis hari jadi anak Ema dari Kluang untuk dibawa ke Taska.TQ Ema.


 Ben 10
Upin Ipin

Tempahan dari Kak Yati Simpang Renggam untuk anak tunggalnya Waldan 6 tahun .Sanggup tu jauh semata-mata Waldan nak kek angry bird.Alahai omak sayangkan Waldan..Semoga Waldan yg chubby jadi anak yang baik.Tq Kak.

Burung marah untuk Waldan.

Siapa mereka biarlah rahsia.Kita promote kek sahaja yea.Kelas ini mempelajari 3 jenis kek redvelvet, cotton cheese cake dan juga carrot wallnut cream cheese.Semua sedap2 belaka.Siapa2 nak belajar boleh datang Kluang hubungi IJA 019-7412999.



 Adui gebus nya kek ni hingga susah nak dipotong.Lembut kak ooi..Tekstur tu yang penting.


 Amboi meleleh la bluberry ni.Cotton cheese mencair dimulut.Sedapnya la..


Carrot wallnut cream cheese terbukti la sedap.Kesemua kek hari ni memang sedap2 belaka.Memang mereka berpuas hati.Balik boleh cuba lain kali boleh belajar kek lain pula.TQ..

Fiza menghadiri kelas fondant dan carrot wallnut cream cheese.Hari ni Fiza seorang sahaja dan amat bertuah kerana dapat belajar menguli fondant menggunakan tangan.Har..ada lg ke bakers uli fondant guna tangan.Fiza tak ada heavy duty mixer. Kalau ikut ija masuk mixer keluar dah siap.Tapi layankan Fiza ulilah guna tangan.Tak da masalah jadi..

 Fiza posing dengan kek stand baru IJA..Sebiji kek atas sekali dan cupcake bawah 3tgkt.Berminat harga promosi 1bj kek 8' dan 52pcs cupcakes dengan harga RM200 sah sehingga 15/5/2012.Berminat boleh tempah yea..

 Inilah hasil kek fondant hexagon Fiza.Boleh tahan pandai juga dia buat bunga ros.Tahniah ya Fiza.

carrot wallnut cream cheese..sedap!!

Tempahan fondant cupcake untuk majlis Aqiqah Puteri Balqish sebagai door gift.Tq Maria kerana sudi order dengan IJA.

Hiasan yang simple dengan harga budget untuk fondant cupcakes.

Frozen Food di Kluang,Johor.Samosa 10pcs ~RM3.50, Pau kukus inti kelapa 10pcs ~RM3.50,Pau goreng inti kacang merah 10pcs~RM3.50 dan karipap kentang 10pcs~RM3.50 Berminat hubungi IJA 019-7412999.Mudah dah cepat d'fross buka plastik panaskan minyak goreng dah boleh dimakan bersama keluarga.

 samosa 10 keping ~RM3.50
 Pau kukus 10keping ~RM3.50
Karipap 10pcs ~ RM3.50
Berminat hubungi IJA 019-7412999

Tempahan cupcakes fondant hantaran oleh Hafiz untuk Aisya dari Kluang.

25 pcs fondant cupcakes sebagai hantaran tunang.TQ

Tempahan kek indulgence 1kg plus2 oleh Rina dari Kluang yang teringin sesangat nak makan kek indulgence IJA..Dia bagi 5 star dek rasa yang kebaboom..

 Pergh menggiurkan lelehan colat yang turun tu..Dia tak nak manis sangat selaput coklat separuh jer katanya.Bila ditanya Rina kek untuk apa ni.Birthday ker.Tak delah Kak Jah aku saje nak makan dengan mak aku..So, tangan aku pun gatal hias EMAK..Inilah hasilnya..

Sesiapa yang teringin nak makan 1kg plus kek indulgence boleh la berbuat demikian.Nak beli 2kg plus besar sangat jadi saya kecikkan saiznya.TQ Rina.

Kek angry bird untuk birthday adik Haziq 3tahun dari Kluang.Mama dia hantar ke Taska.Gembira sungguh kanak2 tu dapat kek angry bird.Licin sedap ler kek burung.

Saya faham sangat budak2 kecik ni.Izzati kek coklat dia tak makan. Bila dah hias dengan bentuk yang dia suka kek tu automatik jadi sangat2 lah sedapnya.Begitulah juga dengan kanak2 lain.Suruh makan sayur .Makan..Tak nak ..Bila dah hias2 cantik2 barulah nak makan.Emak2 diluar sana kalau tak nak membazir, birthday anak buatlah kek bentuk yang mereka suka pastinya habis ,licin kek mereka makan.har..Tempahan hubungi IJA 0197412999

Tempahan barbie doll cake dari Ema, Kluang untuk anaknya Dhanisha 3 tahun.Semoga berpuas hati dengan hasilnya.TQ

 Kek barbie dah disteam butter cream.Baru la licin dressnya.Purple pink..Berminat boleh la order.0197412999.

Dibuka untuk tempahan fondant cupcake dengan hiasan bunga ros yang sangat simple.Harga budget untuk fondant cupcakes dalam lid container sebagai doorgift ..


25pcs ~ RM3.80
50pcs~RM3.50
size M
Warna bergantung pada tema.
Tempahan kuntuman bunga 1pcs = 50sen
Sila maklum 2 minggu awal untuk tempahan.
Tq.

Tempahan 200pcs cupcake oleh Ina dari Kluang untuk majlis sambutan Maulidur Rasul di tempat kerjanya.Untuk tempahan cupcakes doorgift hubungi IJA 019-7412999

Tempahan carrot wallnut cream cheese dari Mr Ott, Kluang utk meraikan majlis Hari Jadi rakannya Mr Sin Chee.Mereka amat berpuas hati dengan kek yang cantik dan rasa yang sedap!!Mereka amat2 berpuas hati.Tq

Kek dihidangkan atas meja sementara mereka menyiapkan juadah lain.Carrot Wallnut Cream Cheese ini memang sedap dan mendapat pujian ramai orang dari segi rasanya kebaboom....Anda tidak percaya!!Boleh cuba order!!



Saiz kek ini 14' X 14' besar dan Mr Ott mat saleh memang pandai makan cheese puji dengan rasa kek ni memang terbaek!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy