Sunday, March 4, 2012

Terima kasih kepada bakers dr Batu Pahat dan Parit Raja yg sudi bersama IJA untuk belajar kek Russian black n white,itallian rainbow dan opera yang kini sedang hangat permintaannya dipasaran dek rasanya yang kekaboom!!..

 Kesemua 8 org dr Batu Pahat dan Parit Raja,,Hebat2 mereka ni..Kelas meriah berjalan seperti biasa walau Ija kurang sihat..Doktor kata letih sangat.Bukan letih sebab buat kek tp letih dr awal pagi kena hantar anak kesekolah,settle itu ini..Take over tugas2 rasmi suami yg kerja outstation..Inilah pengorbanan...
Ikutkan nak buat itallian rainbow 2bj tp IJA tak sihat, IJA bagi mereka extra kek carrot wallnut cream cheese.Biar mereka bawak balik lebih kek untuk keluarga dirumah yang seharian menunggu ibu/isteri  mereka pulang..Supaya penantian mereka berbaloi..

 Opera
 Russian black n white
 Russian Balck n white
 Opera
 Itallian rainbow..
 Itallian rainbow
Russian Black n White.
Dengan ini secara rasminya berlakunya pengguguran module kelas..

Opera akan masuk menggantikan cream puff n ecalirs bermakna :-
Snowy peach,Indulgence dan Opera


Opera akan digugurkan dlm module ini dan German black forest akan menggantikannya bermakna:-
Itallian rainbow,Russian Black n White dan German Black Forest.
Bagi mereka yang dah mengikuti slah satu module,anda boleh pilih rakan2 untuk tukar module yg ada..
Terima kasih semua..

Esvary dr Kluang tempah coklat hantaran untuk Eswar ..Eswar Engage Nira..Simple kan ayat ni..Selalu kita tulis Selamat Bertunang..Panjang kita short n simple kan guna perkataan "Engage"tak la crowded sangat tulisan atas coklat tu sampai x nampak bentuk yang cun2 belakang tulisan tu..

Simple shj design yang mereka minta...TQ..

Inilah permintaan Ain cupcakes fondant sebagai hantaran tunang untuk adik Ain dan Azlan dari Kluang.Terima kasih dik..

 Ain minta cupcakes bentuk gadget..kereta,Laptop dan hset.
Satu set lagi dia minta tema bola Liverpool..Amacam cun tak hasil art saya..Bayak rakan2 fb Like post ni..Saya sendiri sememangnya suka tengok hasil2 seni saya..Masuk bakul angkat sendiri nampak..Untuk semua-semua ini perlu kesabaran untuk gentel satu per satu..Inilah hasil seni yang saya pertaruhkan..

 Bila membuatnya terasa rumit untuk menggentel satu per satu.Terasa adakah bebaloi dengan harga yang aku bagi pada customer..Cuba dapatkan feedback dr rakan2 di fb.Banyak juga komen yg saya dapat.Bagi Ain terima kasih kerana sudi dengan akak.Harga yang dah lepas adalah rezeki anda.Halal.Untuk hari seterusnya kita adjust harga supaya berbaloi dengan hasil seni yg dipertaruhkan.

Sesi berkongsi-kongsi pendapat dengan rakan-rakan fb:-
Soalan saya:
Assalam minta bantuan..Saya rasa saya terjual murah la harga cupcake fondant saiz 3 1/2 oz..sebenarnya berapa ye harga untuk cupcake ni ..Saya jual RM4.60 patut ke tak patut harga sebijinya..Bila rasa jenuh nak menggentel mcm tak berbaloi ada saper yg boleh kongsi-kongsi..
Antara pandangan yang diterima:

Comment dr Salfarina: Kalau sy nama je fondant harga mesti start rm5 keatas. Size m

Comment from Mazni :salam dear, fondant is work of art authentic to u as the artisan baker therefore beautiful nice creations such as yours shld be RM5.50 minimum. tx hugs

Comment dr Emmy: Saya buat saiz yg sama...but 16pc..Full fondant harga RM100++ikut budjet...sila lawati blog saya unt harga

Fondant memang la mahal nak buat adunan fondant, nak buat adunan gumpaste..Bahan2 boleh tahan mahal..Beli fondant siap lagi mahal..Nak membuat pun bukan mudah nak gentel2..

Terima kasih semua diatas sharing yg diberikan.Insya-Allah sy akan adjust harga sesuai dengan hasilnya dimasa akan datang.Harga yang masih mampu milik sesuai dengan permintaan anda semua!!!

Kek Opera sebagai hantaran perkahwinan dari adik Ashikin dan Marhafidz.Ashiteru apa makna dia dik..Maknanya I Love U.La ingat makanlah aku..Layanz..

Kek Opera sebagai hantaran perkahwinan..Memang ngetop kek ni..Macam biasa "kemasnya kek akak".Time kasih2..Yang penting sedap..

Terima kasih Lin sebab tempah coklat hantaran tunang.Bukan Lin yg nak tunang, adik dia.Tempohari Lin tempah kek kahwin dan hantaran dia.Skrg adik dia punye..Lin dr Kluang ..

 Memang lama rasanya tak buat coklat.Pasaran masih ada tapi sebab di blog ini lebih byk dan macam2 jenis kek, jadi customer jadi rambang mata mana satu hendak dipilih..Coklat, kek..argh tensionnya..Hah..Jangan tension order jer semua2..Kih..
Selamat Bertunang Mael dan Saf 25-2-12..Terima kasih daun keladi nanti saper2 nak tunang /kahwin oerderla lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy