Friday, December 11, 2009

MILK CHOCOLATE OREO

Posted by Picasa
Anda pasti menggemari biskut oreo yang disaluti coklat yang enak. Boleh dijadikan snek, dinikmati ketika menonton tv bersama keluarga, berkelah dan dijadikan sebagai doorgift kepada tetamu-tetamu yang hadir di majlis-majlis anda antaranya majlis perkahwinan. Anda boleh memilih sekeping atau dua keping biskut oreo didalamnya. Bergantung kepada budget dan permintaan anda.

BIRTHDAY GIFT FOR MY FATHER IN LAW


Teristimewa buat ayah mertua saya Husin Bin Yahya yang menyambut hari jadi beliau pada 12hb Disember 2009. Birthday gift ini dibuat di KL dan dibawa ke Perlis sewaktu cuti Hari Raya Aidiladha yang lepas. Jauhkan..Saya berasal dari Johor, manakala suami orang Perlis. Inilah dinamakan cinta Utara-Selatan. Kepada ayah Happy Birthday.
Coklat bukan sahaja enak dimakan tetapi boleh dijadikan sebagai hadiah kepada insan tersayang sebagai hadiah hari jadi, ulangtahun perkahwinan. Ia juga boleh dijadikan sebagai hantaran perkahwinan, bertunang dsb.
Posted by Picasa

STRAWBERRY CHOCOLATE

Posted by PicasaBila sebut tentang strawberry chocolate saya teringat akan kisah cinta Dato' Siti dan Dato' K.He.. Strawberry chocolate dipack didalam bekas berbentuk love sangat menarik. Coklat boleh dijadikan sebagai tanda kasih dari kekasih kepada kekasih di Valentine Day, guru-guru sempena Hari Guru, sempena hari ibu, hari bapa dsb. Coklat bukan sahaja enak dimakan tetapi sebagai tanda terima kasih dan kasih sayang.

PACKAGING


Dipasaran terdapat pelbagai saiz dan bentuk bekas untuk mengisi coklat. Quantiti coklat setiap bekas berbeza bergantung kepada saiz bekas. Sudah tentu harganya berbeza berdasarkan quantiti dan juga bekas yang digunakan. Setelah di packing dengan baik coklat boleh dipasarkan.
Posted by Picasa

COLOURFUL LOLLICHOC

Lollichoc bewarna-warni, menarik hati si kecil. Untuk ibubapa jangan lepaskan peluang dapatkan lollichoc ini terutama sewaktu meraikan hari lahir si kecil. Jadikan ia sebagai pemberian istimewa kepada tetamu-tetamu yang hadir.
Posted by Picasa

COKLAT BERWARNA-WARNI DALAM PELBAGAI BENTUK DAN INTI


Coklat pelbagai bentuk, bunga ros, love,strawberry, ketupat, daun, shell, segi empat sama dsb dengan inti yang berlainan. Warna-warna yang menarik mengikut permintaan anda.
Posted by Picasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy