Amacam cun tak coklat hantaran tunang..Tempahan dr akak kedai photostat kedainya tepi sungai dekat dengan jambatan nak pergi ke Plaza BCB/Bus Stand.Inilah antara kedai photostat yang agak lama juga bertapak di Kluang.Lau nak g photostat boleh gi kedai akak ni yea..
Saturday, February 26, 2011
Coklat hantaran tunang..untuk tempahan hubungi IJA 0197412999 Kluang,Johor.
Amacam cun tak coklat hantaran tunang..Tempahan dr akak kedai photostat kedainya tepi sungai dekat dengan jambatan nak pergi ke Plaza BCB/Bus Stand.Inilah antara kedai photostat yang agak lama juga bertapak di Kluang.Lau nak g photostat boleh gi kedai akak ni yea..
Tuesday, February 22, 2011
Meroti bersama Mr Husband..Sape lagi tukang menguli jika buka Mr Husband..Dia kata dulu2 kt kampung sehari dia dan kwnnya menguli 10kg roti canai..
Monday, February 21, 2011
Kelas kek pakej 6dlm1 dihadiri oleh k.JUlia(Yong Peng),Kak Zana(Bpahat) dan Ika(BPahat).Ketiga-tiga mereka dari kelas coklat coklat yg lepas.T.kasih .
20/2/1011 ..Kak Zana,Kak Julia dan Ika bersama hasil tangan mereka..Teknik yang digunakan ialah teknik steam butter cream..Krim yang telah disteam rasanya memang lebih sedap.Teksturnya juga seakan-akan fondant..Bila dah datang belajar balik kenalah membuat latihan semula..Jika terlalu lama tidak dipraktikkan semestinya akan lupa.Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dipraktikkan..Seorang ibu yang berjaya menghasilkan kek sempena hari istimewa untuk suami serta anak2 pasti menjadi kebanggaan mereka..Insya-allah anak akan kenang sehingga akhir hayat mereka.."Ibu saya buatkan kek hari jadi saya sendiri tau!!",kata anak bercerita dgn kwnnya..He..tak percaya!!!
Novelty bertingkat-tingkat..comelkan..he..Mesti ada yang tertanya nape x d kek bakul.Sy mengajar dan mengaplikasikan teknik membuat bakul diatas cupcake..Tapi rupa cupcake tu lupa snap..Untuk menjadi seorang pengajar tidaklah mudah..Kita kena tahu range setiap peserta kita..Mereka semua berada dirange yang sama jd sy tdk boleh menberi input yg terlalu byk..
Kelas kek pakej 6dlm1 bersama adik Ika dr BPahat..
Ika bersama hasil tangannya..Tiada jalan pintas untuk mengecap kejayaan..Caranya ialah dengan banyak melakukan latihan-latihan..Tanpa kenal erti lelah dan berputus asa..Gunakan masa dan peluang diusia muda untuk menimba ilmu dan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari selari dgn masa.Insya-allah jika dilakukan secara berterusan anda pasti berjaya..Selamat maju jaya untuk mu adik Ika..
Sesiapa yang kali pertama memang nozzle akan merasa kekok..Tapi percayalah jika anda mendalami dunia kek anda akan mendapat satu kepuasan yang tidak akan dapat dimana2..Sesungguhnya aku telah jatuh cinta dalam dunia mu..Dunia menghias kek...IJA..
Kelas kek pakej 6dlm1 dihadiri oleh Kak Julia dr Yong Peng..Jom kita lihat apa yang Kak Julia buat..Meh!!...
Inilah yang dinamakan kesabaran..Kesabaran untuk mempelajari ilmu yang tidak pernah dipelajari..Sesuatu yang baru..Dunia nozzle, krim,inilah dunia kek.Kali pertama bermain dengan semua ini umpama bermimpi disiang hari..alhamdullah berkat kesabaran mereka berjaya menyiapkan kek yang begitu indah..Untuk menghasilkan bunga yang cantik tipsnya ialah rajin2 mencuba sehari 50kuntum seperti yang dikatakan oleh guru kek Ija..
Kelas kek pakej 6dlm1 dihadiri oleh K.Zana dr BPahat..
Seperti mereka yang lain2..big task ialah membuat bunga ros..Syukur kehadrat ilahi kerana mereka semua berjaya untuk membentuk bunga ros..Walau pada mula memang agak sukar mendapatkan skill untuk membentuk kelopak..Antara cara untuk memdapatkan bunga ros yang cantik ialah dengan membuat banyak latihan..Sehari 50 kuntum.he.Ingat usaha tangga kejayaan..
Novelty bertingkat-tingkat dihasilkan oleh mereka pada hari ini..Wow!!cantik tertarik dan menawan lebih2 lagi jika dihiasi dengan cartoon 3D..Selamat maju jaya Kak..Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dipraktikkan..Besar rahmat bg seorang ibu menghasilkan kek hari lahir suami serta anak2 mereka sendiri..Insya-Allah akan dikenang oleh anak hingga akhir hayat mereka...Amin..
Wednesday, February 16, 2011
Kelas coklat pada 15/2/11 di Kluang,Johor dihadiri oleh Fiza dr Kluang,Fiza bersama adiknya serta hasil kelas pd hari ini..TQ
Em..gambar ni kuning...kena penyakit kuning plaks kamera ni..tak tau nak settting..Time nak pakai cam ni lah baru nak cr setting..Alahai pakai jer r...Fiza dan adiknya.Fiza yg tengah pegang bunga ros coklat tu...Fiza seorang surirumah dtg sajer2 nak bljr buat coklat...
Kelas coklat pada 13/2/11 di Kluang,Johor.Seperti biasa Mr Husband turut serta menjadi tenaga pengajar...
Kelas coklat di Kluang,Johor dihadiri oleh Ika (BPahat),Kak Sal (BPahat),Kak Julia(BPahat),Kak zana(Yong Peng) dan Kak Siti(Kluang).
Terima kasih kepada mereka semua dan selamat maju jaya..Percuma warmer setiap seorang..Emm lupa snap gambar sekali dan terima kasih tak terhingga kpd Mr Husband kerana sudi menjadi tenaga pengajar tambahan untuk kelas ini dan diatas masakan makan tengahari yg telah disediakan olehnya..