Tuesday, April 27, 2010

PERSEMBAHAN NYANYIAN DARI BRO SHAMRIN DARI KUMPULAN FOTOGRAPH

Bro Shamrin lau tak silap saya popular ketika zaman 90an dulu.Adik2 baru nak naik mungkin tak kenal. Tua2 suara masih mantap..Alhamdulillah.Berakhir sudah karnival Pengantin 2010. Memang letih membuat persiapan sempena karnival ini. Kepenatan terbalas dengan sambutan dari orang ramai yang amat menggalakkan. Coklat2 habis dijual pada hari pertama. Malam selepas balik dari karnival, saya terpaksa membuat coklat untuk dijual keesokkan harinya.Terima kasih kepada suami, emak dan fiza kerana membantu saya.

Bro Mail ni sporting giler..

Joget bang jangan tak joget..

Posted by Picasa

PERASMIAN KARNIVALPENGANTIN 2010 OLEH NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN KLUANG, EN.RAZALI BIN MOHD NOR

Upacara menepung tawar kedua mempelai.

Cenderahati kepada En. Razali Bin Mohd Nor sumbangan coklat dari saya~luvchocolate77~ dan frame dari Heritage Decor.
Posted by Picasa

Gambar bersama model2 pengantin di gerai luvchocolate77.

Ini cikgu saya, emm..lama tak jumpa sejak 1994. Siri jejak kasihlah ni..

Comel2 pengantin2 ni.
Posted by Picasa

MODEL PENGANTIN MEMPERAGAKAN BUSANA PENGANTIN



Posted by Picasa

PERSEMBAHAN PERAGAAN BUSANA PENGANTIN..



Posted by Picasa

ANTARA AKTIVITI DI KARNIVAL PENGANTIN 2010 DI KLUANG MALL

Adik in pemenang pertandingan mewarna. Saya tak sempat nak snap gambar kanak2 mewarna sebab pada hari kedua saya datang agak lewat.

Inilah pemenang tempat kedua pertandingan karaoke.
Posted by Picasa

KEMERIAHAN KARNIVAL PENGANTIN 2010 DI KLUANG MALL

Bersama-sama saya, kanan Jun dan kiri Suzie dari Radio Johor FM. Mereka tanya soalan siapakah nama 3 juruhebah Radio Johor FM yang ada di Karnival Pengantin ini. Mudah sahaja jawapannya, Jun, Suzie dan Saiful Bahari. Dek menantikan ketibaan juruhebah kesayangan ini, pagi2 seorang mak cik beli coklat katanya untuk diberikan kepada Juruhebah2 ini.http://www.johorfm.blogspot.com/

Pengunjung2 sedang memilih coklat untuk dibeli. Maafla saya tiada digambar. Almaklumlah gambar ni saya yang snap sendiri, tiada pembantu.

Antara aktiviti yang menarik ialah pertandingan pengantin comel. Iaitu pengantin yang berat badan mereka melebiHI 65kg kalau tak silap saya.

Inilah pemenang Pengantin Comel bersama Mak Andamnya. Mak andam kite ni muda remaja..Mcm tak caya. Tapi Mak Andam ini memang berbakat tengoklah hasil solekannya.
Posted by Picasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy