Monday, July 9, 2012

Kek sempena Hari Ibu Bapa yang diadakan pada 29/6/12 di Penjara,Kluang.Untuk mengeratkan jalinan kasih antara banduan dan sanak saudara. Namun ia melibatkan beberapa keluarga terpilih antaranya Ameng yang kini berada di Penjara ,Kluang.

Aku rasa terharu bila diberi peluang untuk buat kek sempena majlis Jalinan Kasih ini.Terbayang betapa mereka merindui orang tersayang.Anak dan isteri merindui suami dan sebaliknya.Aduh..betapa pedih dan peritnya hidup tanpa orang tersayang dan betapa azabnya mereka yang menjalani tahanan didalam pintu besi.Apabila berada disana ,masa dirasakan berputar amat lambat sekali.Diharap mereka yang didalam tahanan apabila bebas dari tahanan benar-benar insaf dan tidak mengulangi kesalahan mereka.
Ada customer kata gambar Ameng potong kek masuk dalam Sinar Harian tapi dah tak ada rezeki tak dapat aku tgok hu...Apapun kek ini dibuat dengan tema jalinan kasih sayang. Aku juga menyiapkan dengan penuh kasih dan sayang,Inilah hasilnya.Untuk mengikuti kisah Ameng sila click di link dibawah yea..

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/saya-lebih-tenang-insaf-1.62268


Kek Sempena Program Jalinan Kasih Sempena Hari Ibu Bapa yang diadakan di Penjara,Kluang pada 29/6/12

Karnival Raja Sehari 15~17hb Jun 2012 bertempat di Kluang Mall.Ija pun selit 1 booth untuk promosi kek dan coklat

Pentas dihias indah dengan pelamin untuk meraikan kedua mempelai. Mempelai diarak kedalam Kluang Mall dengan paluan kompang serta diiringi Flower girls.Izzati anak dara ku memeriahkan majlis sebagai flower girl.
Anak dara mama.
Anak dara mama mengiringi pengantin masuk kedalam..
Paluan kompang..
Zeti Mahadi dan Ery Ma'arof artis baru yang memeriahkan majlis pada malam Sabtu 16/6/12.Artis dibawah Saari Amri bergambar kenangan di hadapan booth IJA.
Anak dara dan bujang teruja nak bergambar dgn Artis.

Haziq memriahkan hari Ahad Karnival Raja Sehari.
Depa pakat2 panggil peniaga suruh duk gelek kt depan pentas.Erm boleh ke nak gelek buat kek bole la..
Jelitawan dan Jelitawanis (napa ada Jelitawan tu..Hu..) memperagakan busana pengantin dari butik2 andaman.
Ambooi cantik2..
Antara kek yang dipamerkan..
Fondant dengan bunga orchid hasil tangan ku yang dipamerkan semasa karnival.
Antara jualan sewaktu karnival..Banyak lagi gambar lupa nak snap hu..Apa yang diingat pun x tahu..Hu..
Marshmallow..

Bawah ni booth IJA e..

Tempahan adik Norfarahani dari Kluang untuk insan tersayang Hafiz tema Manchester United.Hepi birthday Hafiz.TQ


Tempahan kek kahwin Noreeliza untuk majlis perkahwinannya..Minta tema kuning marroon.Kek dihias dengan ring topper dan 52bj cupcakes.Lokasi kami di,Kluang,Johor

 Design ini memang tengah hot..Saya telah terima 5 tempahan untuk bulan 9 dan 10.Diharap kepada sesiapa yang berminat sila hubungi IJA untuk booking yea..TQ.
Kami juga menerima tempahan pulut kuning ..Pulut kuning berinti lauk rendang daging di tengah-tengahnya.Berminat boleh membuat tempahan .TQ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy