Thursday, February 23, 2012

Kelas cupcakes oleh Kak Win dari Taman Suria Kluang dan Kak Siti Haida dari Air Hitam,Kluang

 Gentel kak jgn tak gentel siap semua 16 bj..Disebabkan hari tu ialah hari jadi anak Kak Siti jadi kak Siti belilah kotak cantik untuk jadi present tuk anaknya..Ala sikit2 stok kotak tu adalah kat sini.Kak Win pun nak bg jugak hasil tangannya kt anak daranya..Susah payah emak2 ni menggentel ingat senang!!Tapi berbaloi cun2 hasil mereka.


Ini module baru kelas buttercream kita yea..Ada yang duk terfikir tak tido malam cam ner nak buat kek 3D..Meh datang la belajar boleh tido lena..

Kita buat angry bird dengan kek yang nampak cm mudah tapi bila buat kat rumah nak licinkan tak licin2..Pergh..!!

Burung merpati terbang tinggi hinggap diatas pohon rambutan,time kasih Noreen ku sayang dari Parit Raja datang membawa pulang Upin dan Ipin impian..Apa punya jampi serapah ar ni.Layanz..

 Kak semua kata kek ni sedap tp malangnya tangan upin terpatah sebab Upin penat berjalan ..Nasib baek
suami Noreen cekap..panaskan tangan sambung balik.Noreen kata kak dari bawak ketas memang ok tang muka ko..har..Jangan marah r Noreen nnt kena jual.Susah tu nak tiru muka rupanya. Tapi terimalah seadanya walau harga Upin dan Upin lebih mahal dari harga kek Russian Black n White ni Noreen beli jugak sebab anaknya umur setahun suka giler tgok UpinIpin.tapi Noreen tak nak UpinIpin tido.Nak berdiri..Inilah dia UpinIpin Berdiri.


Comelnya anak siapa ni..Tang rambut memang mahal..
Apa nak order ikut muka akak ker..Muka akak saya tak boleh kak cakap terang..Nanti muka akak jadi muka Kak Gayah akak marah pulak..Lain2 boleh la..UpinIpin kena cucuk atas kek tu tapi perjalanan jauh lagi jadi pepandailah Noreen letak yea..
Tengok lah yea lau ada yang terfikir nak tiru muka dia mmg tak dpt la yea..Layanz..

Tempahan kek hari jadi da Yam,Kluang untuk anak bujangnya 4tahun.Tiga hari sebelum dah tanya tentang hari jadi dia..Jom kita tgok kek ni..


Mama ku pulang dari kota,mama ku belikan kereta.Kereta warna-warni mama beli yea!!!..Cun tak kereta M.Shameen Danish.Ada yang kata kak saya suka tengok kek2 akak kemas aja..Time kasih-time kasih..Nak buat kena sabar, berhati-hati,jgn gopoh gapah..Baru hasil tip-top-meletup!!!Meh2 saper nak order boleh yea..Harga boleh tanya di kaunter 0197412999.

Tuesday, February 14, 2012

Kelas kek continental (baking n deco class) di Kluang,Johor.Snowy Peach,Indulgence cream puff n eclairs.TQ

Kak Dayah dr Air Hitam ,Kak yati dr Kluang Ann dr Muar.Kak Dayah ni susah nak dapat cuti .Lama nak ikut kelas tp kali ni baru dpt..Ini trend baru minta identiti mereka dirahsiakan..Yelah kan kita nak promote kek bukan nak promote mereka,kerana mereka2 sudah ada empunyanya..Lepas ni jika ada yang tak nak tunjuk muka mereka kita buat mcm ni shj..Terima kasih semua..Tq Ann jauh dtg..






Kak Linda dari Kluang, sempena hari lahir suaminya

 Russian black n white dihias dengan steam butter cream deco fondant logo Autobot Transformer.Suami kak Linda kerja tranformer collector katanya..Sebab tu nak logo ni.Walaupun Ija x faham transformer collector tu apa..buat ja r..Layanz..

Inilah rupe keratan dalaman Russian Black n White ..Kak Linda minta deco fondant..Oleh kerana Kak Linda nak mengekalkan rupa dan rasa dalamannya tak bleh r cover fondant..Jadi itulah kegunaan steam butter cream halus cam fondant,tp hanyalah cream..

Ina dan Khari menyambut ulangtahun perkahwinan mereka ke 4.Ina dari Kluang,Johor.Cake 4 anniversary.TQ

Sedar tak sedar sudah 4 tahun usia perkahwinan mereka.Tahniah untuk Sarina dan pasangannya Khari.Mungkin ada diluar sana yg hampir terlupa bilakah tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.Cuba bukak balik surat nikah tu.Haa..raikan hari istimewa anda.Jangan lupa tempah kek anniversary yea..Di mana!!Kluang,Johor.

Tempahan kek hari jadi di Kluang untuk adik Iman,umurnya 2 tahun shj..

 Adik Iman baru umur nak masuk 2tahun..Bila emak dia tunjuk gambar bear dia geleng,gambar itu ini geleng.Bila tunjuk angry bird dia angguk..Pergh cerdik sungguh budak2 zaman sekarang ni ya..
2nd birthday adik Iman untuk dibawa ke KL mungkin nak celebrate dengan atuknya di KL..Tq.
3D angry bird..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy