Monday, March 19, 2012

Kak Siti Haida dr Kluang jer..Ha...cun tak kek kak Siti..Angry bird tu comel...Bunga kak Siti pun cantik tau 1st time buat..



 Mula2 susahnya dah sejam main cream tangan mula lembut dan skill pun datang la..Lenguh 2 tangan pipe atas kek..
Comelnya saya....Nak buat jugak meh datang belajar..

Lamanya aku amik masa untuk siapa module kelas fondant..har..siap jua akhirnya..Unwired roses,carnation,ribbon,garland, rope,jatuhan kain yang dibuat atas kek bentuk hexagon..Yuran RM280 bermula dari belajar membuat bancuhan fondant..

 Lau nak lebih cantik belajar lah bunga ros dengan wire..
3kuntum jer x bleh lebih2 dar..
 Ini sebagai tambahan untuk menyerikan lagi kek.
Inilah gambar module kelas fondant kita..

Baby shower@baby tido untuk Baby Sofea Raudhah..Jangan marah yea emak baby ada jambul Upin Ipin..Cantas jer jambul tu..Kan nak cukur jambul..

 Ala ciannya isap jari.. Mana botol susu ni.Bila buat fondant jer mula...gatal sungguh tangan aku ni..Memang dan sememangnya aku suka main fondant dan lebih membanggakan lagi dah bertahun lamanya aku tak beli fondant kat kedai..Buat sendiri la .Uli2 lebih puas jika bancuhan fondant kita cantik..stabil dan terbaek!!

Cantiknya lah kek ni saper la tukang buatnya sajer jer sesi masuk bakul angkat sendiri har..Lau tak puji diri sendiri saper nak puji kita ..Layanz r..

Carrot wallnut cream cheese ni mmg sedap..bkn customer jer suka aku pun suka gak benornya..he..Tapi redvelvet kek yang paling x bersemangat aku buat..Sebab aku tak tau cm ne nak cantikkan kek ni...

Carrot Wallnut cream cheese..
 Kak Alisa senior sekolah SMSJ aku senior masa aku duk UiTM ,Segamat..skrg jadi Pensyarah UiTM dah kakak aku yang brutel ni..Pergh...Kak Icha nak makan sesangat red velvet..tapi aku kata kak lau redvelvet ni xd mascarpone cheese memang tak kick..kurang kicknya.kat kluang ni susah tul nak dpt mascarpone cheese..Kena special order baru dapat.Tapi layanz r...

RedVelvet
Tapi bila redvelvet jer aku kurang bersemangat sebab aku tak dapat hias dia cantik2..Geramnya..

Kek perkahwinan untuk Jas dan Anidah di Kluang,Johor.

 3 tiers steam butter cream..Berbual dengan seorang customer..Kak cream  ni keras sikit yea..Oww..tidak!! cream ni nampak mcm keras tapi tekstur dia lagi halus sebab kita dah masak.Masuk plak kisah wedding customer tu satu tika dulu..Masa saya wedding kak pakai fresh cream..Tengah bersanding tukang buat kek tu dtg ..Dik tolong potong kek cepat sikit ya nanti keknya rosak..Tercengang-cengang pengantin..Cepat2 tukar baju potong kek..Moralnya disini kek wedding walau fresh cream tu sedap jangan lah pakai fresh cream..Cuaca kat malaysia ni bukannya bersalji..Panas...Makeup pun cair lagikan pulak fresh cream.

Kadangkala ada yang mintak kek itu ini..yg  tak sesuai untuk wedding cake kerana pada saya kek wedding kena tahan lasak,tahan panas,jika nak kek sedap2,fresh cream ,,cheese dsb,,makanlah time birthday ka..suka2 ker..time wedding pastikan anda memilih kek yang tahan dan tahan panas..lasak..Itulah  pandangan saya tentang wedding cake..Kenapa saya memilih steam butter cream..berjam2 duduk diluar steady  tahan panas...cantik ,sedap,,Nak lagi tahan pilih la fondant boleh dipegang2 badan keknya..Tapi harga mahal sikit la..


Nampak mcm senang jer buat bunga ros tu yea..Tp bila sendiri buat masya-allah..Pipe buang..pipe buang sampai lenguh2 jari jemari yang halus dan mulus tu..Kena buat selalu .Jika tidak lupalah skill yang ada..

Tuesday, March 13, 2012

Personal class bersama Fiza..erm emaknya..oww emaknya ...inilah edisi buat kek dengan baby kecik..

 Kadangkala difikir-fikir terharu juga tgok keazaaman ibu dengan ank kecik naik bas dr JB nak belajar kek..Balik ayah baby jemput..lau nak bawak balik kek nak gendong baby pergh mau baby tu tercicir..Good Luck untuk Fiza supaya dengan ilmu yang baru di pelajari menyuntik semangat untuk Fiza berjaya.Kena berusaha lebih..

 Baru pipe 3 kuntum baby nangis nak susu..Ala siannya..Tapi sekali jeling lagi dah penuh bunga tas kek..har..pandai2..Bagus!!

Dulu Fiza pandai buat angry bird tido sekarang dah pandai buat 3D..Selamat Maju Jaya..

Dari Amy untuk Shiro member sekampong la katakan..Sabtu lepas..Tatkala tengah melelapkan mata lepas semalaman tak cukup tido kul 4 Amy dtg.Dia kata Shiro nak dtg kedai dia kul 8 lebih..Kul 4 order kul 8 nak hantar..Layanz...

Meh2 tgok Astro kita Vote Shiro org Kluang,Semoga Shiro berjaya..Dah masuk final dah ni...

Balerina bear untuk adik Umi dan Syahira..erm bila dah hujung mggu mmg x sempat buka fb..Dia suruh tulis Umi dan Syahira tp cuma tulis Syahira..Jangan marah na,,Len x comfirm awal2 ..lau dah hujung2 tu sms ke hset sebab x sempat buka fb..

Pe2 pun balerina ni mmg cun....Yeaha...

Mata pun dah mula mengantuk..Tapi ku gagahkan jua untuk malam ini last upload gambar ni sebelum tido..Kek perkahwinan untuk Anis dan Yahya.3 tiers steam butter cream..

Terima kasih Anis dan Yahya semoga kekal ke akhir hayat...Gud nite semua..

Kek hantaran perkahwinan untuk Yahya dan Anis..Selamat Pengantin Baru kekal keakhir hayat...

German black Forest sebagai hantaran tunang untuk INA dan APIS pada 10-3-12..Selamat bertunang semoga ke jinjang pelamin.

Cupcakes fondant hantaran untuk Ina dan Apis.Selamat bertunang 10-3-12..We Love Kluang.

Minta tali pinggang,beg,baju dan seluar harap puas hati dengan hasilnya.TQ

Monday, March 12, 2012

Happy birthday Kak Ana Shahrana..Nama yang sungguh tak asing dalam bidang guaman.Memiliki beberapa syarikat guaman dan meminati angry bird..Tq Kak Ana sudi promote kek IJA,,

Happy birthday to Ana Shahrana..

Taty mintak carrot wallnut cream cheese untuk cikgunya anaknya .Teacher Norliah dan tidak lupa untuk dirinya..Sebab Taty suka carrot cake.



Taty tempah kek birthday angry bird untuk anaknya Arieff Zikry yang ke empat.

Burung marah apabila telurnya dipecahkan..Jadi anda semua janganlah main games pecahkan telur angry bird ni sebab kesian nanti burung marah...

Tempahan birthday kek dari Jaja,Kluang,Johor..Tema bola..Meh pas sini..

kek ini tak la besar sangat,10x10 ja..Jaja minta untuk tulis happy birthday Aqeel 1-3-12,Ameer 4-3-12,Ezad 7-3-12 dan Kurie 19-3-12..Panjang bebenor Jaja .So,akak tulis sini je la yea...

Kek sempena sambutan Maulidul Rasul di Sek.Keb.Kampong Melayu.

 Rindu kasih dan sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Sama-samalah kita meraikan hari kelahiranNya dan mengamalkan sunnah-sunnahNya.

Tempahan kek perkahwinan untuk Deqma dan daus ..Dekat jer Taman Pelangi Jaya.Terima kasih kepada Mazliza sebab sudi uruskan ordernya.3 tiers steam butter cream.

 Tema sebenarnya merah, ditambah dengan warna cream untuk menaikkan seri kek..
Stand tu bila mereka dah stacked kek baru perasan stand lupa letak jadi kek dibiarkan tanpa stand.Alhamdulillah habis semuanya..

Kenapa saya suka buat kek dihias dengan steam butter cream.Steam butter cream rasanya sangat harmoni dari segi manisnya dsb.Teksturnya juga lebih halus..dan lebih sedap dari butter cream biasa.Tak percaya boleh cuba sendiri..

Sunday, March 4, 2012

Terima kasih kepada bakers dr Batu Pahat dan Parit Raja yg sudi bersama IJA untuk belajar kek Russian black n white,itallian rainbow dan opera yang kini sedang hangat permintaannya dipasaran dek rasanya yang kekaboom!!..

 Kesemua 8 org dr Batu Pahat dan Parit Raja,,Hebat2 mereka ni..Kelas meriah berjalan seperti biasa walau Ija kurang sihat..Doktor kata letih sangat.Bukan letih sebab buat kek tp letih dr awal pagi kena hantar anak kesekolah,settle itu ini..Take over tugas2 rasmi suami yg kerja outstation..Inilah pengorbanan...
Ikutkan nak buat itallian rainbow 2bj tp IJA tak sihat, IJA bagi mereka extra kek carrot wallnut cream cheese.Biar mereka bawak balik lebih kek untuk keluarga dirumah yang seharian menunggu ibu/isteri  mereka pulang..Supaya penantian mereka berbaloi..

 Opera
 Russian black n white
 Russian Balck n white
 Opera
 Itallian rainbow..
 Itallian rainbow
Russian Black n White.
Dengan ini secara rasminya berlakunya pengguguran module kelas..

Opera akan masuk menggantikan cream puff n ecalirs bermakna :-
Snowy peach,Indulgence dan Opera


Opera akan digugurkan dlm module ini dan German black forest akan menggantikannya bermakna:-
Itallian rainbow,Russian Black n White dan German Black Forest.
Bagi mereka yang dah mengikuti slah satu module,anda boleh pilih rakan2 untuk tukar module yg ada..
Terima kasih semua..

Esvary dr Kluang tempah coklat hantaran untuk Eswar ..Eswar Engage Nira..Simple kan ayat ni..Selalu kita tulis Selamat Bertunang..Panjang kita short n simple kan guna perkataan "Engage"tak la crowded sangat tulisan atas coklat tu sampai x nampak bentuk yang cun2 belakang tulisan tu..

Simple shj design yang mereka minta...TQ..

Inilah permintaan Ain cupcakes fondant sebagai hantaran tunang untuk adik Ain dan Azlan dari Kluang.Terima kasih dik..

 Ain minta cupcakes bentuk gadget..kereta,Laptop dan hset.
Satu set lagi dia minta tema bola Liverpool..Amacam cun tak hasil art saya..Bayak rakan2 fb Like post ni..Saya sendiri sememangnya suka tengok hasil2 seni saya..Masuk bakul angkat sendiri nampak..Untuk semua-semua ini perlu kesabaran untuk gentel satu per satu..Inilah hasil seni yang saya pertaruhkan..

 Bila membuatnya terasa rumit untuk menggentel satu per satu.Terasa adakah bebaloi dengan harga yang aku bagi pada customer..Cuba dapatkan feedback dr rakan2 di fb.Banyak juga komen yg saya dapat.Bagi Ain terima kasih kerana sudi dengan akak.Harga yang dah lepas adalah rezeki anda.Halal.Untuk hari seterusnya kita adjust harga supaya berbaloi dengan hasil seni yg dipertaruhkan.

Sesi berkongsi-kongsi pendapat dengan rakan-rakan fb:-
Soalan saya:
Assalam minta bantuan..Saya rasa saya terjual murah la harga cupcake fondant saiz 3 1/2 oz..sebenarnya berapa ye harga untuk cupcake ni ..Saya jual RM4.60 patut ke tak patut harga sebijinya..Bila rasa jenuh nak menggentel mcm tak berbaloi ada saper yg boleh kongsi-kongsi..
Antara pandangan yang diterima:

Comment dr Salfarina: Kalau sy nama je fondant harga mesti start rm5 keatas. Size m

Comment from Mazni :salam dear, fondant is work of art authentic to u as the artisan baker therefore beautiful nice creations such as yours shld be RM5.50 minimum. tx hugs

Comment dr Emmy: Saya buat saiz yg sama...but 16pc..Full fondant harga RM100++ikut budjet...sila lawati blog saya unt harga

Fondant memang la mahal nak buat adunan fondant, nak buat adunan gumpaste..Bahan2 boleh tahan mahal..Beli fondant siap lagi mahal..Nak membuat pun bukan mudah nak gentel2..

Terima kasih semua diatas sharing yg diberikan.Insya-Allah sy akan adjust harga sesuai dengan hasilnya dimasa akan datang.Harga yang masih mampu milik sesuai dengan permintaan anda semua!!!

Kek Opera sebagai hantaran perkahwinan dari adik Ashikin dan Marhafidz.Ashiteru apa makna dia dik..Maknanya I Love U.La ingat makanlah aku..Layanz..

Kek Opera sebagai hantaran perkahwinan..Memang ngetop kek ni..Macam biasa "kemasnya kek akak".Time kasih2..Yang penting sedap..

Terima kasih Lin sebab tempah coklat hantaran tunang.Bukan Lin yg nak tunang, adik dia.Tempohari Lin tempah kek kahwin dan hantaran dia.Skrg adik dia punye..Lin dr Kluang ..

 Memang lama rasanya tak buat coklat.Pasaran masih ada tapi sebab di blog ini lebih byk dan macam2 jenis kek, jadi customer jadi rambang mata mana satu hendak dipilih..Coklat, kek..argh tensionnya..Hah..Jangan tension order jer semua2..Kih..
Selamat Bertunang Mael dan Saf 25-2-12..Terima kasih daun keladi nanti saper2 nak tunang /kahwin oerderla lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy