Monday, February 21, 2011

Kelas kek pakej 6dlm1 dihadiri oleh k.JUlia(Yong Peng),Kak Zana(Bpahat) dan Ika(BPahat).Ketiga-tiga mereka dari kelas coklat coklat yg lepas.T.kasih .


20/2/1011 ..Kak Zana,Kak Julia dan Ika bersama hasil tangan mereka..Teknik yang digunakan ialah teknik steam butter cream..Krim yang telah disteam rasanya memang lebih sedap.Teksturnya juga seakan-akan fondant..Bila dah datang belajar balik kenalah membuat latihan semula..Jika terlalu lama tidak dipraktikkan semestinya akan lupa.Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dipraktikkan..Seorang ibu yang berjaya menghasilkan kek sempena hari istimewa untuk suami serta anak2 pasti menjadi kebanggaan mereka..Insya-allah anak akan kenang sehingga akhir hayat mereka.."Ibu saya buatkan kek hari jadi saya sendiri tau!!",kata anak bercerita dgn kwnnya..He..tak percaya!!!

Novelty bertingkat-tingkat..comelkan..he..Mesti ada yang tertanya nape x d kek bakul.Sy mengajar dan mengaplikasikan teknik membuat bakul diatas cupcake..Tapi rupa cupcake tu lupa snap..Untuk menjadi seorang pengajar tidaklah mudah..Kita kena tahu range setiap peserta kita..Mereka semua berada dirange yang sama jd sy tdk boleh menberi input yg terlalu byk..
Posted by Picasa

Kelas kek pakej 6dlm1 bersama adik Ika dr BPahat..


Ika bersama hasil tangannya..Tiada jalan pintas untuk mengecap kejayaan..Caranya ialah dengan banyak melakukan latihan-latihan..Tanpa kenal erti lelah dan berputus asa..Gunakan masa dan peluang diusia muda untuk menimba ilmu dan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari selari dgn masa.Insya-allah jika dilakukan secara berterusan anda pasti berjaya..Selamat maju jaya untuk mu adik Ika..


Sesiapa yang kali pertama memang nozzle akan merasa kekok..Tapi percayalah jika anda mendalami dunia kek anda akan mendapat satu kepuasan yang tidak akan dapat dimana2..Sesungguhnya aku telah jatuh cinta dalam dunia mu..Dunia menghias kek...IJA..


Sebab kecintaan aku terhadap dunia kek aku sering mengajar sesuatu yang agak berbeza-beza disetiap kelas kek..Tekniknya tetap sama iaitu teknik steam butter cream.Hiasan sahaja yang berbeza.Kali ini,inilah hasil novelty bertingkat2..
Posted by Picasa

Kelas kek pakej 6dlm1 dihadiri oleh Kak Julia dr Yong Peng..Jom kita lihat apa yang Kak Julia buat..Meh!!...


Kak Julia bersama hasil tangan nya...



Inilah yang dinamakan kesabaran..Kesabaran untuk mempelajari ilmu yang tidak pernah dipelajari..Sesuatu yang baru..Dunia nozzle, krim,inilah dunia kek.Kali pertama bermain dengan semua ini umpama bermimpi disiang hari..alhamdullah berkat kesabaran mereka berjaya menyiapkan kek yang begitu indah..Untuk menghasilkan bunga yang cantik tipsnya ialah rajin2 mencuba sehari 50kuntum seperti yang dikatakan oleh guru kek Ija..


Air terjun yang indah...
Posted by Picasa

Kelas kek pakej 6dlm1 dihadiri oleh K.Zana dr BPahat..


Kak Zana dan hasil tangannya di Kelas kek pakej 6dlm1 IJA..


Seperti mereka yang lain2..big task ialah membuat bunga ros..Syukur kehadrat ilahi kerana mereka semua berjaya untuk membentuk bunga ros..Walau pada mula memang agak sukar mendapatkan skill untuk membentuk kelopak..Antara cara untuk memdapatkan bunga ros yang cantik ialah dengan membuat banyak latihan..Sehari 50 kuntum.he.Ingat usaha tangga kejayaan..


Novelty bertingkat-tingkat dihasilkan oleh mereka pada hari ini..Wow!!cantik tertarik dan menawan lebih2 lagi jika dihiasi dengan cartoon 3D..Selamat maju jaya Kak..Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dipraktikkan..Besar rahmat bg seorang ibu menghasilkan kek hari lahir suami serta anak2 mereka sendiri..Insya-Allah akan dikenang oleh anak hingga akhir hayat mereka...Amin..
Posted by Picasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy