Tuesday, January 31, 2012

Amacam cun tak kek kitorang...Meletup ko kiah..Opera,Russian Black n white dan itallian rainbow..di mana di Kluang,Johor..Bersama IJA 0197412999.

 Amboi meriahnya kek besar2 ..Memang aku buat lebih adunan untuk dibawa pulang makan bersama keluarga ..Rezeki keluarga dirumah..

 Itallian rainbow.Bukan cantik dimata,sedap juga rasanya..Keknya memang sedap ditambah dengan itallian butter cream yang lelemak berkrim.

 Anda pasti menggilai rasa,keenakan kek2 ini..argh sedapnya!!!..Selagi kita benafas dapatlah kiranya makan yg lazat2 merasai nikmat makanan kurniaan dr NYA..
 Opera menjadi igauan Kak Siti ,Kak Hayati yang pernah rasa kek ni tempohari sampai teringat2 kelazatan kek opera itu yang tak sabar2 nak masuk kelas..Impian tercapai pasni boley buat sendiri..

Nak joint bkelas hubungi IJA 0197412999..Amacam cun x no tel ni..Lama aku pakai np ni dah 8 tahun.Hobi aku simpan no cun-cun tapi malangnya ada yg burn sebab lupa top up seday giler..Kita bukan nak cite pasal no.Kita cite pasal kelas yea..Nak joint call IJA 0197412999.

Sekitar majlis perkahwinan Bella dan Afiq pada 28hb Jan 2011 yang lepas .Selamat Pengantin Baru Bella dan Afiq semuga cepat menimang cahaya mata penyeri hidup.Kekal hingga ke akhir hayat.Amin..Tq Bella..

 Kek hantaran perkahwinan Bella dan Afiq
3 tiers steam butter cream Wedding Cake..TQ

3 tiers steam butter cream untuk wedding cake Bella dan Afiq di Kluang,Johor.Bella kata kak time kasih cream kek ni semua kata sedap kak..Kat kedai memang x pernah jumpa..Memang sedap dikombinasikan dengan kek2 yg sedap pasti lebih sedap!!TQ Bella..

 Inilah gambar ikhsan dari jurukamera Bella n Afiq.Teringin juga rasa dihati nak ketempat pengantin cucuk pillar, stacked kek..har..x larat la..x cukup tido..hu..Top hias dengan cincin topper double ring,.Amacam cun x!!Ada juga bakers yang tanya beli mana,bape rega..Maafla..dah tnya stock dah abis tggu taun depan naik kargo sampai katanya..Tak tau la lau ada pembekal2 lain yg jual seumpama dengannya.Pillar tu 9" puas cari kat Kluang ni x dapek nak tolong mmg xd 9"..Terpaksalah import dr luar kawasan..9" pillar with plate 10' dan 8'.Mudah pakai plate nak cucuk pun senang.Ada yg x faham n conpius apa yg sy ckp boleh masuk kelas den boley tolong ajar..

 Atas hiasan sungguh simple ..Hias dengan topper double ring.Sewa ee RM20 jer..Kena sewa risk tu ..ring lau patah tak dapek den nak tolong..Dah r susah dapat.At least dpt balik modal ok la..Aahh baper rega..Mahal gak tu..Jaga bebaik yea..
 Yang tengah ni coklat moist memang sedap layer steam butter cream.
Kek yang bawah ni butter kek layer dengan steam butter cream n blueberry filling..Sedap!!
Ikhlas dari ku..IJA 019741299..I luvKluang...

Inilah kek hantaran dari pihak lelaki untuk Bella .Afiq n Bella..Bella seorang guru memakai pakaian pengantin sambil mengajar subjek kisah cinta mereka Afiq n Bella di papan hijau sambil memegang rotan..

 Bella dari Kluang Hepi giler sebab gaun pengantin ni cantik sangat dan impian dia ter realisasi.Beberapa bakers lain ditanya kesanggupan untuk membuat kek 2 hantarannya..Akhirnya akulah yang sanggup..Sanggup mencuba sesuatu yang agak mencabar..Simple yang penting cun.Waktu yang sama aku menyiapkan kek kapal terbang..

Yess.!!!Siap juga akhirnya dari kul 9 mlm Khamis..tido jap kul 6~11pagi ..Kek diambil kul 5.30 ptg.Lamakan masa diambil..Kena pastikan upahnya berbaloi lau tidak jangan amik r..Penat tu...

Kek fondant bentuk kapal terbang request dr Bella sbg kek hantaran kahwinnya.Suaminya seorang pilot diinspirasi diatas kek hantarannya.

Seorang Pilot memandu pesawat MAS boeing 747 di awan Nano sempena AJL 2011 dimenangi oleh Hafiz..Best giler suara budak ni..44x aku dengar pun x jemu..Har..Kita bukan nak cite pasal AJL..Kita cite pasal Kapal Terbang..
 
 Apabila diminta oleh Bella kek hantaran bentuk kapal terbang dengan confidentnya aku kata boleh..2mggu berlegar-legar diminda adakah aku mampu melakukannya!!Wargh..Yakin pada diri.Aku pasti boleh melakukan.Anak muda jangan mudah menyerah n mengaku kalah.Berusahalah anda pasti berjaya.Berbekalkan ilmu didada Khamis petang aku mula membuat shape kapal terbang.Hari Khamis malam kul 9 aku mula mendeco utk 2 bj kek hantaran Bella.Untuk disiapkan esoknya sebelum 5.30 petang Jumaat.Aku pun mula la buat.(Ini pun lepas aku bake 3tiers wedding cake Bella untuk amik hari Sabtu 11.00pagi.).Tido kul 6pagi bangun kul 11 pagi sambung deco..
Lunch sian anak2 lapar MCD delivery pilihan hati..TQ MCD har..lau tidak lapar ler aku anak beranak..Sambil deco sambil makan McChicken .Nak keluar time dah suntuk kih2..Buat last minute padan muka aku...Inilah akibatnya kena melayan anak n suami yg terperap kat rumah mintak pergi pasaraya jenjalan hari Selasa n Rabu..

Base kek ini ialah Brownies diminati oleh ayah Bella dll mereka kata sedap giler..Terima kasih sebab say yes utk kek IJA..Special 4u all...
Terimalah seikhlasnya dari aku....IJA 0197412999

Tuesday, January 24, 2012

CNY Baking project taada..Selamat Pengantin Baru untuk Atin dan Zul pada 22hb Januari 2012 di Paloh.

 2 tiers fondant wedding cake oleh IJA 019741299 untuk wedding Atin dan Zul.Tema Purple.Atin pakai baju gold jadi kita mainkan warna gold pada kek.Dihias dengan topper .Topper sewa RM15.Kek yang simple tapi ada class gitu..

 Pisau pun IJA sewakan RM15 memang khas tuk kek..Pisau anak dara sebab 1st time digunakan.

 Tengah kita stacked pakai gazebo.

un wired roses..dah x sempat nak buat la simple jer bunga ni . Nak belajar boleh ..Janji ada gumpaste gentel-gentel.Jap jer siap..

CNY Baking project.6 ekor anak lady bird untuk anak tokey cina kedai moto untuk birthday anaknya yang ke 5 tahun.Kedai Cina tutup.Rayalah katakan jadi kedaini tak raya.

 Pelbagai bentuk boleh didapati.Banyak model2 baru belum keluar.Nantikan yea..Orang2 Kluang nak celebrate birthday dengan design2 menarik roger2 IJA 0197412999.

CNY Baking project.Barbie doll.Base brownie dan atas choc cheese cake deco steam bath dan fondant untuk birthday Auni,Amni,Najwa dan 12 pcs cupcakes.Orang Kluang boleh tempah bentuk2 special..TQ.

 Barbie Doll cake tuk birthday Auni,Amni dan Najwa..dan cupcakes Upin , Ipin dan Ben10.

Bagi ibu dan ayah yang ingin meraikan hari jadi anak mereka dengan pelbagai bentuk kek yang menarik dan sedap boleh roger2 IJA 0197412999.I luv Kluang..

CNY Baking project.IPad untuk Nabihah.Badan kek ini ialah brownies mmg tipis tp rasanya mmg sodap.Brownies la katakan ada wallnut didalamnya..

Ipad tu Nabihah dan Harris.

CNY Class..Kelas membuat dan menghias cupcakes di Kluang,Johor.Hiasan Fondant,buttercream dan piping jelly.Berminat boleh joint IJA 0197412999

 Lin dr JB,Fiza dekat jer Taman Suria Emas,Kak Ct Kluang n Kak Radz Kluang.Hepi sokmo.Hias 16 bj cupcakes serta baking.
 Tengoklah aktiviti mereka ada lg gambar tp post 2 je yea..TQ

CNY baking project.Tempahan wedding kek 2tiers steam butter cream untuk Mak Andam Shima.Deco yang simple pastinya ramai yang mengatakan sedap!!Terima kasih.Sok boleh order lagi.


 Jambangan bunga ros memikat hati.
Untuk pengantin2 dengan budget yang sederhana,nak cun dan sedap keknya boleh la hello IJA 0197412999.Nak belajar pun boleh.Tak susah pun steam relax n sempoi.. Hasil mantop..Licin bak fondant tak perlu uli sehingga lenguh tangan.

CNY Baking project.Cupcakes untuk harijadi.Kepada sesiapa yg berminat untuk belajar boleh ikuti kelas sy asas membuat cupccakes fondant.

Temanya pink n purple minta bola rugbi,jersi,lady bird,bola bowling.Walaupun tema ialah pink dan purple kita warna putih merah dan hitam dimasukkan untuk menaikkan hiasan.Sesiapa yang berminat untuk belajar boleh ikuti kelas cupcakes saya.Anda diajar cupcakes fondant,butter cream,piping jelly dan edible image.

CNY baking project.Cupcaskes hantaran untuk Atin dan Zul dari Paloh.


Atin minta tema purple, bunga ros simple, dihias dengan reben.

CNY baking project.Tempahan dari Shahira sempena hari lahir Abahnya.TQ.

 Cotton cheese cake dengan fresh cream,topping blueberry.

Red Velvet cream cheese.

Monday, January 16, 2012

Kelas membuat carrot wallnut cream chese,cotton cheese cake,redvelvet oleh Kak Ana dan Kak Yati dr Kluang.TQ

 Meh kita tengok hasilnya..Inlah pakej membuat kek untuk makan2 .Kek2 yg mudah dah hiasan agak simple untuk santapan seisi keluarga.Tak ada la goreng jejemput aja..Sesekali pekena cheese.Semua best2 n sedap2.

 cotoon cheese cake water bath..memang sedap tekstur halus dan gebus mencair di mulut..Topping dengan blueberry dihias dengan strawberry.
 Gebus kan..Memang sedap.
 Cotton cheese sebelum dimake over.
 Red Velvet.Sebenarnya ikut perancangan nak buat cuppies.Aduh dah terlupa.Erm  first time guna cheese Anchor..susah gaks nak melicinkan.Tokey kedai kata sedap2..termakan jugak pujuk rayu.Tekstur cheese ni agak kasar dan susah untuk melicinkan permukaannya.

 Apa yang penting dalam keknya gebus dan memang best..Cuma kekurangan mascarpone cheese menjadikan redvelvet kurang kick.Em..xd la mascarpone.
 Carrot wallnut cream cheese..Memang sedap dan gebu..
Anda pasti menyukai rasa dan kelazatan kek ini.Memang terbaek!!!

Member lama duduk JB tempah birtday cake n choc ball untuk birthday UCU adik bongsunya dan UMAIRAH anak dia.

Mahkota untuk UCU dan UMAIRAH


Choc Ball sbg sampingan..Thanx..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy