
Saturday, March 19, 2011
Friday, March 18, 2011
Hasil kelas bake n deco kek teknik setam butter cream pakej murah 6dlm1..Ha..x caya pakej murah gi la survey..Apa kata survey..Kelas pd 13/3/11
Sue dr Batu Pahat, Kak Rohaida dr Kluang dan Ct dr Pagoh..Ct merempit dr Pagoh ke Kluang nak belajar kek.Bawa balik kek sampai rumah dah xd rupa yg cantik keknya..Ct tahniah!! sy mengahargai usaha Ct hadir kekelas sy walau terpaksa merempit.Walau kek tu dah tak cantik bila smpai rumah,tp praktikkan ilmu yg dipelajari yea..Insya-Allah.Orang lain dah berjaya Ct pasti berjaya.Diharap semua mengapplikasikan ilmu yg telah dipelajari..Kek dihias dgn steam butter cream memang ada harga..Kerana lantainya yg licin dan kelihatan seperti fondant..Selamat Maju Jaya untuk semua!!

Ini ialah hasil kelas kek ahad 13/3/11 di Kluang,Johor.Lmbt post gambar menyiapkan kek kahwin org ni...

Hasil tangan Siti..Novelty kek mereka yg sungguh cantik2..Ingat senang nak bg rumput tu tercacak..Apa nak tau crnya!!..Meh datang kelas..Nak tau free semua.Mane bule..Masuk toilet pun kena bayar tau!!

Monday, March 14, 2011
Terima kasih Nurkhairiah..Kek untuk birthday anaknya Ahmad Fathi Khalis..Brownie yg telah dihias dengan butter cream...

Nur kata anak suka makan,emak dan ayah dia kata sedap krim dia pun sedap...Alhamdulilah puas adjust resipi butter cream nak bg sedap .Akhirnya ada juga yg beri pujian krim nya pun sedap!!!...

Wednesday, March 9, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Tempahan cupcakes fondant untuk hantaran tunang dari Effa untuk Safri ..Katanya nak tema rama2..Alahai comelnya nak rama2..

Kelas cupcakes kini dibuka layari http://luvchocolate77classinfo/ untuk maklumat tentang kelas hubungi IJA 019-7412999.Meh belajar wat cupcakes comel2..

Sunday, March 6, 2011
Alhamdulillah..Dengan izinNYA..dpt aku menghadiri kelas di International Centre of Cake Artistry(ICCA) ini..
Graduation..Congrate!!The Wilton Methodof Cake Decorating Course 1,course2 & course 3..Bersama best of d'year international trainer
Rosalind Chan.. Insya-allah ilmu yang dipelajari akan dipraktikkan dan diaplikasikan untuk mengajar di kelas2 IJA..
Tak mudah untuk menyiapkan semua bunga2 ini dlm masa yang singkat..Penat yang teramat sangat.Malam kena buat homework siapkan bunga2 di bilik hotel.Abis gula icing sepah dalam bilik..
Terima kasih tak terhingga kpd Mr Husband kerana bantu jaga anak,tolong drive dan hantar untuk ke destinasi.Untuk ke kelas memang byk kena modal sesetengah peralatan kena beli dan bawa sendiri.Tau2 jer la tools wilton memang mahal. Sekeping rolling mat shj rm170..dengan makan,hotel,minyak,tol dll pergh abis tabung ayam kt rumah kena pecah nak g kelas ni..Bukan tabung ayam jer..tabung itik,lembu pun kena pecah juga..Berkorban apa sahaja untuk memantapkan diri dgn ilmu menghias kek supaya dapat mengajar peserta2 kelas IJA dengan baik menggunakan teknik menghias yg betul..Insya-Allah aku akan buat yang terbaik seperti Roselind Chan..Insya-Allah jika diizinkan-NYA aku akan menimba lebih byk ilmu. Proses pembelajaran tidak akan berhenti disini..Semoga impian akan terlaksana..Amin..
