Rupanya mereka bagi design ikut design t-shirt mereka..Ini sumbangan dari pelajar sempena hari guru."Saya sayang cikgu saya. I love my teacher..Itu yang diminta.Tapi script bawah tu saya sendiri tambah dari hati We love SMSJ .
Sebagai seorang bekas pelajar.Sudah pasti amat menyayangi tempat saya menghabiskan zaman persekolah dikelilingi pagar dawai disekeliling.Sudah pastinya kami tidak sebebas pelajar sekolah harian dengan jadual yang padat.Adakalanya sampai suatu masa segelintir kami ingin memberontak.Lari ikut pagar itu semua masuk didalam diari zaman persekolahan saya.Bukan saja nak lari susah nak balik rumah kena ada alasan kukuh,surat dari penjaga.Keluarga saya bukan jenis suka menulis surat.Terkurung!Zaman dilalui dengan penuh dengan kenangan suka dan duka.
Disitulah saya dibesarkan.Sesungguhnya kami amat merindui zaman persekolahan kami.Sempena kari guru saya ambil peluang mohon ampun dan maaf kepada semua guru2 saya.Terima kasih cikgu.Jasa mu tak ternilai.
We Love SMSJ