Monday, July 9, 2012

Kek sempena Hari Ibu Bapa yang diadakan pada 29/6/12 di Penjara,Kluang.Untuk mengeratkan jalinan kasih antara banduan dan sanak saudara. Namun ia melibatkan beberapa keluarga terpilih antaranya Ameng yang kini berada di Penjara ,Kluang.

Aku rasa terharu bila diberi peluang untuk buat kek sempena majlis Jalinan Kasih ini.Terbayang betapa mereka merindui orang tersayang.Anak dan isteri merindui suami dan sebaliknya.Aduh..betapa pedih dan peritnya hidup tanpa orang tersayang dan betapa azabnya mereka yang menjalani tahanan didalam pintu besi.Apabila berada disana ,masa dirasakan berputar amat lambat sekali.Diharap mereka yang didalam tahanan apabila bebas dari tahanan benar-benar insaf dan tidak mengulangi kesalahan mereka.
Ada customer kata gambar Ameng potong kek masuk dalam Sinar Harian tapi dah tak ada rezeki tak dapat aku tgok hu...Apapun kek ini dibuat dengan tema jalinan kasih sayang. Aku juga menyiapkan dengan penuh kasih dan sayang,Inilah hasilnya.Untuk mengikuti kisah Ameng sila click di link dibawah yea..

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/saya-lebih-tenang-insaf-1.62268


Kek Sempena Program Jalinan Kasih Sempena Hari Ibu Bapa yang diadakan di Penjara,Kluang pada 29/6/12

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy