Monday, April 11, 2011

Kelas 9 dan 10hb April anjuran Kolej Komuniti Kluang.Berminat hubungi IJA 019-7412 999 dengan yuran RM1/jam.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita memulakan kelas anjuran Kolej Komuniti Kluang ini.Masa untuk membuat persediaan kelas ini dilakukan dalam masa hanya 1 mggu.Saya terpaksa menyiapkan segala2 untuk setiap peserta.Saat-saat yang sangat dan amat2 penat untuk saya.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Kelas dimulakan pada 9hb April 2011 iaitu pada hari Sabtu dengan kelas cupcakes fondant.Dimulai dengan bake simple basic cake untuk cupcakes.Iaitu butter cupcakes. Setiap peserta dapat merasa kek yang telah dibuat semasa kelas. Peserta dikehendaki menghias cupcakes dengan pes gula menjadi bentuk2 yang menarik seperti teddy bear, lady bird,bunga ros dan banyak lagi.Kelas dimulai dari jam 8pagi dan tamat pada jam 6 petang.Mereka membawa pulang kesemua cupcakes yang mereka hias. Untuk kelas yang pertama sudah pasti banyak kekurangan dari pihak saya dan maaf diatas kekurangan yang ada.Dibawah ialah antara hasil2 mereka.Sesiapa yang berminat bolehlah menghuungi IJA 019-7412 99 dengan yuran yang amat murah RM1/jam.

Saya amat mengalu-alukan garduan-graduan menganggur menghadiri kelas ini. Saya selaku graduan UiTM jurusan pengurusan perniagaan memilih bidang masakan ini sebagai karier kerana industri makanan ini sentiasa ada permintaan walaupun pada ekonomi "downturn".

Saya juga mengalu-alukan, surirumah,ibu-ibu tunggal, orang-orang OKU, anak-anak yatim khususnya agar mereka menjadikan industri makanan ini sebab satu peluang untuk mereka menjana pendapatan serta sesiapa jua yang berminat bolehlah mendaftar untuk manghadi kelas masakan ini.Kehadiran kalian amat dialu-alukan.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy