Tuesday, January 3, 2012

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan izinnya dapat aku menimba ilmu di Sugarflours S/B mengikuti kursus PME Sugar Flower pada 19hb~23hb Disember 2011.


Puan Norwati Binti Datuk Abu Bakar merupakan pengasas dan juga Pengetua Sugarflours.Sugarflours S/B sebuah syarikat milik bumiputera  merupakan salah 1 syarikat drpd 2 syarikat di Malaysia yang diiktiraf oleh PME United Kingdom untuk menjalankan kursus "PME Professional Diploma in Cake Decorating" Inilah serba sedikit tentang Sugarflours dan PME course..Yang tengah kecik2 itulah Sifu bunga aku.Nama penuhnya memang panjang tapi panggil jer PUT-PUT.Nama yang panjang dah jd Cput.TQ PUT-PUT.Dalam usia mudanya dia mengajar kami yang dah tua2 ni..

Pada hari pertama dan kedua saya dan juga rakan saya Nalini yang juga dari Johor Bahru ditugaskan membuat bud2 bunga, Stamen,1st layer petal,ivy leaves,roses leaves.
Antara bunga yang perlu dibuat ialah, 
Roses
Lily Of the Valley
Carnation
Fresia
Fantasy Flower
Gerbera
Daisy
Cymbidium Orchid
Cattleya Orchid
Arum Lily
Rubrum Lily
Month Orkid
Berries
banyakkan...ingat senang!!!...meletup kepala ni..
Bila semua bud2,stamen,petal2,calyx dah siap kenalah:-
Asembling Flower Petal
Assembling Leaves
Dusting
Vanishing
Steaming
Walaupun kelas dah habis kepala masih mamai2 nak ingatkan nama bunga2 ni semua.Nota perlu dibuat sendiri.Apa yang perlu dibuat sekarang buat manual sendiri step by step cara2 membuat bunga tersebut.Apa yang boleh saya katakan tak mudah nak pelajari kesemua bunga dalam masa yang singkat.Kami berdua memang stress dan sangat2 penat.Nasib baik aku dpt kwn yg best mcm Nalini.TQ friend..
Namun apa yang best masa kursus dijalankan TV1 membuat penggambaran Puan Norwati ditemubual untuk slot IKS yang disiarkan di TV1 pada 31hb Disember jam 11 pagi.Aku dan Nalini tumpang glamer jap masuk dlm tv sebab mereka ambil scene kursus yang dijalankan..Jap jer slot kami..He..





Tengok2 lah yea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy