Tuesday, January 3, 2012

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah kunianya dapat aku menghadiri kelas PME Sugar Paste pada 23hb~27hb Disember 2011.


Yang tepi tu sifu kami namanya Lia..Dia mengajar kami dalam kursus PME Sugar Paste ini.'PME Professional  Diploma in Cake Decorating" Diploma dikeluarkan oleh PME UK..Bukan Ulu Klang tau!!United Kingdom.Sifu kami masih muda dan remaja berbanding kami.Mengajar kami perlu ada kesabaran yang tinggi sebab kami semua banyak cekadak.Bising kelas dibuatnya dengan ketawa main2 gaduh sesama kami.

Kali ini kami bertiga tengah tu namanya win www.hannanhomemadecake.com Kelas memang riuh rendah dibuat oleh kami.Main gaduh2, gelak2 untuk mengelakkan rasa stress untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.Har..1 lagi nak cita Nalini ni housewife ja..Dia datang bljr musim cuti sekolah untuk release tension dan isi masa lapang...

Final task kena siapkan figurine untuk lulus...
Cover 2bj kek bulat 10" dan hexagon 8".Dah la kami bayar mahal yuran kelas bershopping lagi beli tools2..beli lace dll cuci poket..Nak tak nak kena la beli sebab kat Kluang tak ada jual tu semua.Kadang-kala teknologi membuatkan kerja kita mudah dengan ada tools2 yang baik..Namun harganya pun boleh tahan tipis poket dibuatnya.Win kaki shopping sblm datang kelas ni mcm2 tools dah dibeli dan disimpan sebab tak tahu guna.Terpaksalah masuk PME untuk belajar teknik2.Aku tak nak jadi mcm Win, jadi apa yang di beli di test didalam kelas.Tak tahu boleh tanya Cikgu.Tak membazir bukan gitu..
.Ha,,naper yea atas lace tu gold bawah tu pearl..Citenya gini warnakan gumpaste dengan warna gold tapi x jadi gold..Jadi tnya ngan cikgu naper tak jadi..Oleh itu cikgu kenalah terangkan dengan anak murid yang kepoh2 ni..

Tengok lah yea..kena bljr crimping

 Pandangan belakang zip...



Baby tido isap jari..Sesusai untuk majlis cukur jambul..


Ini boleh hadiahkan kat isteri yang pandai menjahit..

Buat cotton rose

tengok lah yea beg yg tak siap buat tali..

Ini beg win yang buat...Dia minat warna hijau..

Ini Nalini punya..

Ini win punya orang jepun kita punya omputeh...

Ini Nalini punya pandai betul alih2 siap jer...tergezut aku cantiknya ...

 Ini Nalini Punya tau!!
Ini win punya!!Main tone warna biru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Ija's Cakes and Chocolates. Designed by Whitey Mommy